Sunday, December 28, 2008

SESI PERTAMA DIPENGHUJUNG KURSUS

Pelajar Kursus Sesi Pertama akan menamatkan pembelajaran lebih kurang seminggu lagi. Satu ujian akan diadakan kepada 5 orang pelajar yang mengambil Kursus Microsoft Office Word.

1. Siti Shaniah
2. Siti Hajar
3. Nor Hasilah
4. Nurul Fatihah
5. Mohd Amir Rusydan

Pelajar yang berjaya melepasi tahap keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan akan layak mendapat sijil kursus, manakala pelajar yang gagal melepasi target kami akan return satu bulan lagi.

Pihak pengurusan masih dalam proses melaksanakan promosi untuk sesi kedua. Sesi kedua akan bermula dalam bulan Januari 2009.

Sesiapa yang berminat bolehlah mendaftar dengan kami. Yuran pendaftaran tak mahal, hanya RM30 sahaja. Yuran bulanan hanya RM80 sebulan.

Monday, December 22, 2008

KELAS KOMPUTER BERJALAN LANCAR










Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana hasrat untuk mengadakan kelas komputer di trasCom Centre dapat dijalankan walaupun ianya tidak memenuhi sasaran yang dirancang. Namun rezeki kurniaan Allah sudah pasti wajib diterima sama ada ianya banyak atau sikit. Yang penting rasa syukur seorang makhluk ciptaanNya tidak pernah putus serta berhenti.

Untuk permulaan kelas kami telah menerima 5 orang pelajar bagi kursus word, seorang bagi kursus excel dan seorang bagi kursus powerpoint. Justeru kelas tetap berjalan kerana kami di sini sebagai titik@langkah permulaan.

Mungkin suatu masa nanti Allah akan menambahkan lagi rezeki kepada centre kami.

Saturday, December 6, 2008

Monday, November 10, 2008

PROMOSI TERKINI

  • Yuran separuh, khusus kepada ANAK YATIM lelaki/perempuan.
  • Hanya terhad kepada 6 orang peserta terawal sahaja.
  • Sijil akan dikeluarkan oleh pihak pengurusan.
  • Tenaga pengajar yang berpengalaman.
  • Pendaftaran bermula dari sekarang.

Wednesday, November 5, 2008

KURSUS X-PRESI MEMBINA BLOG

  • Tarikh : 22 November 2008 (Sabtu)
  • Masa : 9.00 pg - 4.00 ptg
  • Tempat : trasCom Centre, Tapak Pasar Malam Kg Berangan
  • Persegaran disediakan : Minum pagi, makan tengahari, minum petang
  • Kemudahan disediakan: Bilik sembahyang
  • Terhad kepada 17 orang peserta sahaja

KURSUS ASAS KOMPUTER "MUSIM CUTI SEKOLAH"

  • Tiga sesi (Pagi - Petang - Malam)
  • Kelas akan bermula pada 16 November 2008 (Ahad)
  • Kelas beroperasi 3 hari seminggu (Ahad, Isnin, Selasa)
  • Terbuka kepada pelajar yang berumur dari 7 tahun hingga 14 tahun
  • Tempat terhad kepada 10 orang satu sesi sahaja
  • Yuran Pendaftaran RM10
  • Yuran sepanjang kursus RM50 (Sampai buka sekolah)
  • Penuhkan aktiviti anak anda dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat. Jangan biarkan anak anda tiada aktiviti untuk dilakukan sepanjang cuti sekolah!!!

  • Kepada ibubapa yang perihatin terhadap anak-anak, sila hubungi nombor telefon atau datang sendiri ke alamat yang tertera dibawah:
  • trasCom Centre, Tapak Pasar Malam Kg Berangan
  • Tel: 09-7253630 / 013-9119117 (Ust Azhar)

Monday, October 27, 2008

KELAS KOMPUTER (Basic modul)

PAKEJ A (RM80.00 Sebulan) Pagi - Petang - Malam
  • Microsoft Office
  • Internet
  • E-mail / Blog


PAKEJ B (RM80.00 sebulan) Pagi - Petang - Malam
  • Microsoft Excel
  • Internet
  • e-mail / blog


PAKEJ C (RM80.00 sebulan) Pagi - Petang - Malam
  • Microsoft Powerpoint
  • Internet
  • e-mail / blog


  • Yuran pendaftaran RM30.00
  • Tempat terhad dan selesa
  • 20 pendafataran terawal akan menerima cenderahati
  • Pendaftaran boleh dibuat melalui telefon (09-7253630 / 013-9119117 - Ust Azhar) atau datang sendiri ke centre kami di Lot 1287, Tapak Pasar malam Kg Berangan, Tumpat.

Friday, October 24, 2008

SAMA-SAMA CARI MAKAN

Jangan jadikan cyber cafe anda sasaran kepada anak-anak muda mencari dosa. Ada sesetengah cc yang beroperasi dalam jajahan tumpat yang mencari untung lebih dengan mendownload video-video lucah dan dijual kepada pelajar-pelajar sekolah termasuk pelajar sekolah rendah.

tak adil la, buat kerja macam ni. Kerana sebuah cc yang buat onar, habis semua cc akan di gam terutama pihak berkuasa tempatan(mdt).

Cari la alternetif lain untuk mengaut untung. Dah la buat kerja tak betul, cari makan pun tak berkat serta akan tambah dosa lagi.

Wednesday, October 22, 2008

SELAMAT DATANG KE trasCom Centre










Memang la...baru-baru beroperasi tak ramai pelanggan. Tunggu seminggu dua kot...mudah- mudahan ada rezeki.

SUDAH BEROPERASI SLOW...SLOW


Banner promosi buka kedai....
Baru-baru buka kedai tokleh wak bayaran mahal-mahal, nanti pelanggan tak datang.
Promosi ni akan berakhir pada hujung bulan November. Lepas ni bayaran dikenakan sebanyak RM2 sejam.

Saturday, October 18, 2008

BASIC COMPUTER TRANNING

  • Sesi Pagi ( 9.00 - 10.00 )

  • Sesi Petang ( 2.30 - 3.30 )

  • Sesi Malam ( 9.00 - 10.00 )

  • MICROSOFT WORD - MICROSOFT EXCEL - MICROSOFT POWERPOINT

Tras Computer Centre

Akan beroperasi pada 20 Oktober 2008

  • Pusat Cyber Cafe

  • Pusat Belajar Asas Komputer

  • Khidmat Menaip

  • Promosi Pembukaan : RM 1.50 sejam selama sebulan

  • Fotostat, Binding & Liminating

  • Buka 6 hari seminggu dari pukul 10.00 pg hingga 10.00 mlm

Borang pendaftaran untuk pelajar yang berminat belajar asas komputer boleh didapati di trasCom centre, Lot 1287 Tapak Pasar Malam Kg Berangan, Tumpat.
Tel / Fax : 09-725 3630 @ HP : 013-911 9117 / 014-819 9117