Monday, December 22, 2008

KELAS KOMPUTER BERJALAN LANCAR










Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana hasrat untuk mengadakan kelas komputer di trasCom Centre dapat dijalankan walaupun ianya tidak memenuhi sasaran yang dirancang. Namun rezeki kurniaan Allah sudah pasti wajib diterima sama ada ianya banyak atau sikit. Yang penting rasa syukur seorang makhluk ciptaanNya tidak pernah putus serta berhenti.

Untuk permulaan kelas kami telah menerima 5 orang pelajar bagi kursus word, seorang bagi kursus excel dan seorang bagi kursus powerpoint. Justeru kelas tetap berjalan kerana kami di sini sebagai titik@langkah permulaan.

Mungkin suatu masa nanti Allah akan menambahkan lagi rezeki kepada centre kami.

No comments: