Sunday, December 28, 2008

SESI PERTAMA DIPENGHUJUNG KURSUS

Pelajar Kursus Sesi Pertama akan menamatkan pembelajaran lebih kurang seminggu lagi. Satu ujian akan diadakan kepada 5 orang pelajar yang mengambil Kursus Microsoft Office Word.

1. Siti Shaniah
2. Siti Hajar
3. Nor Hasilah
4. Nurul Fatihah
5. Mohd Amir Rusydan

Pelajar yang berjaya melepasi tahap keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan akan layak mendapat sijil kursus, manakala pelajar yang gagal melepasi target kami akan return satu bulan lagi.

Pihak pengurusan masih dalam proses melaksanakan promosi untuk sesi kedua. Sesi kedua akan bermula dalam bulan Januari 2009.

Sesiapa yang berminat bolehlah mendaftar dengan kami. Yuran pendaftaran tak mahal, hanya RM30 sahaja. Yuran bulanan hanya RM80 sebulan.

Monday, December 22, 2008

KELAS KOMPUTER BERJALAN LANCAR










Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana hasrat untuk mengadakan kelas komputer di trasCom Centre dapat dijalankan walaupun ianya tidak memenuhi sasaran yang dirancang. Namun rezeki kurniaan Allah sudah pasti wajib diterima sama ada ianya banyak atau sikit. Yang penting rasa syukur seorang makhluk ciptaanNya tidak pernah putus serta berhenti.

Untuk permulaan kelas kami telah menerima 5 orang pelajar bagi kursus word, seorang bagi kursus excel dan seorang bagi kursus powerpoint. Justeru kelas tetap berjalan kerana kami di sini sebagai titik@langkah permulaan.

Mungkin suatu masa nanti Allah akan menambahkan lagi rezeki kepada centre kami.

Saturday, December 6, 2008