Sunday, December 28, 2008

SESI PERTAMA DIPENGHUJUNG KURSUS

Pelajar Kursus Sesi Pertama akan menamatkan pembelajaran lebih kurang seminggu lagi. Satu ujian akan diadakan kepada 5 orang pelajar yang mengambil Kursus Microsoft Office Word.

1. Siti Shaniah
2. Siti Hajar
3. Nor Hasilah
4. Nurul Fatihah
5. Mohd Amir Rusydan

Pelajar yang berjaya melepasi tahap keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan akan layak mendapat sijil kursus, manakala pelajar yang gagal melepasi target kami akan return satu bulan lagi.

Pihak pengurusan masih dalam proses melaksanakan promosi untuk sesi kedua. Sesi kedua akan bermula dalam bulan Januari 2009.

Sesiapa yang berminat bolehlah mendaftar dengan kami. Yuran pendaftaran tak mahal, hanya RM30 sahaja. Yuran bulanan hanya RM80 sebulan.

Monday, December 22, 2008

KELAS KOMPUTER BERJALAN LANCAR










Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana hasrat untuk mengadakan kelas komputer di trasCom Centre dapat dijalankan walaupun ianya tidak memenuhi sasaran yang dirancang. Namun rezeki kurniaan Allah sudah pasti wajib diterima sama ada ianya banyak atau sikit. Yang penting rasa syukur seorang makhluk ciptaanNya tidak pernah putus serta berhenti.

Untuk permulaan kelas kami telah menerima 5 orang pelajar bagi kursus word, seorang bagi kursus excel dan seorang bagi kursus powerpoint. Justeru kelas tetap berjalan kerana kami di sini sebagai titik@langkah permulaan.

Mungkin suatu masa nanti Allah akan menambahkan lagi rezeki kepada centre kami.

Saturday, December 6, 2008

Monday, November 10, 2008

PROMOSI TERKINI

  • Yuran separuh, khusus kepada ANAK YATIM lelaki/perempuan.
  • Hanya terhad kepada 6 orang peserta terawal sahaja.
  • Sijil akan dikeluarkan oleh pihak pengurusan.
  • Tenaga pengajar yang berpengalaman.
  • Pendaftaran bermula dari sekarang.

Wednesday, November 5, 2008

KURSUS X-PRESI MEMBINA BLOG

  • Tarikh : 22 November 2008 (Sabtu)
  • Masa : 9.00 pg - 4.00 ptg
  • Tempat : trasCom Centre, Tapak Pasar Malam Kg Berangan
  • Persegaran disediakan : Minum pagi, makan tengahari, minum petang
  • Kemudahan disediakan: Bilik sembahyang
  • Terhad kepada 17 orang peserta sahaja

KURSUS ASAS KOMPUTER "MUSIM CUTI SEKOLAH"

  • Tiga sesi (Pagi - Petang - Malam)
  • Kelas akan bermula pada 16 November 2008 (Ahad)
  • Kelas beroperasi 3 hari seminggu (Ahad, Isnin, Selasa)
  • Terbuka kepada pelajar yang berumur dari 7 tahun hingga 14 tahun
  • Tempat terhad kepada 10 orang satu sesi sahaja
  • Yuran Pendaftaran RM10
  • Yuran sepanjang kursus RM50 (Sampai buka sekolah)
  • Penuhkan aktiviti anak anda dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat. Jangan biarkan anak anda tiada aktiviti untuk dilakukan sepanjang cuti sekolah!!!

  • Kepada ibubapa yang perihatin terhadap anak-anak, sila hubungi nombor telefon atau datang sendiri ke alamat yang tertera dibawah:
  • trasCom Centre, Tapak Pasar Malam Kg Berangan
  • Tel: 09-7253630 / 013-9119117 (Ust Azhar)